Kita Boleh Percaya Kepada Tuhan
Jim pernah bertanya kepada seorang ateis sama ada dia pernah bergelut, walaupun hanya untuk beberapa ketika, dengan pemikiran bahawa mungkin Tuhan benar-benar wujud.
“Sudah tentu!” jawab ateis itu, mengejutkan Jim. “Bertahun-tahun yang lalu, apabila anak pertama kami dilahirkan, saya hampir menjadi seorang yang percaya kepada Tuhan. Apabila saya melihat bayi kecil itu di atas katil bayinya, begitu kecil tetapi sempurna sebagai seorang manusia, apabila saya melihat jari-jarinya yang kecil bergerak-gerak dan melihat sinar kesedaran mula terpancar daripada matanya yang kecil itu, saya melalui satu tempoh selama beberapa bulan di mana saya hampir berhenti menjadi seorang ateis. Melihat anak itu hampir meyakinkan saya bahawa Tuhan pasti wujud.”
